Ramai orang sangka bila loan kereta lambat lulus, itu tanda awal loan akan kena reject. Sebenarnya tidak semestinya begitu. Dalam dunia perbankan, lambat lulus dan kena reject adalah dua perkara berbeza. Loan lambat lulus biasanya bermaksud permohonan masih dalam proses, masih dinilai, atau sedang menunggu giliran tertentu. Ada kes yang ambil masa beberapa hari, ada juga yang boleh sampai dua atau tiga minggu. Bila faham punca sebenar, barulah kita tahu sama ada perlu tunggu, tambah dokumen, atau buat pelan alternatif.
Di bawah ini saya terangkan punca-punca utama kenapa loan kereta boleh jadi lambat lulus, point terakhir ramai orang tak tahu :
1. Dokumen Tidak Lengkap Atau Perlu Semakan Tambahan
Punca paling biasa loan kereta lambat lulus ialah dokumen yang tidak lengkap atau perlu disemak semula. Walaupun pemohon rasa sudah hantar semua dokumen, pihak bank kadang-kadang perlukan pengesahan tambahan seperti
slip gaji terkini,
penyata bank bulan tambahan, atau surat pengesahan majikan. Proses ini mengambil masa kerana bank tidak boleh terus meluluskan selagi semua maklumat belum disahkan. Dalam kes kerja sendiri pula, bank biasanya lebih teliti kerana mereka perlu memastikan pendapatan benar-benar konsisten dan boleh dipercayai.
2. Pendapatan Dan Komitmen Dalam Kategori “Cukup-Cukup”
Ada pemohon yang bukan tidak layak, tetapi kelayakan berada pada tahap sederhana. Maksudnya, gaji ada, kerja ada, tetapi selepas ditolak semua komitmen, baki pendapatan tidak terlalu besar. Dalam situasi ini, bank tidak akan terus lulus atau terus reject. Mereka akan buat semakan lebih mendalam, bandingkan dengan polisi dalaman, dan kadang-kadang minta pendapat pegawai kredit yang lebih tinggi. Proses ini secara semula jadi mengambil masa lebih lama berbanding kes yang sangat kukuh.
3. Rekod CCRIS Tidak Teruk, Tapi Tidak Cantik
Ini kategori yang ramai pemohon berada di dalamnya. Rekod CCRIS tidak sampai tahap teruk atau muflis, tetapi ada sejarah bayaran lewat, tunggakan kecil, atau akaun yang pernah bermasalah. Kes seperti ini biasanya bukan terus reject, tetapi akan dimasukkan dalam kategori peminjam berisiko sederhana. Bank akan ambil masa untuk nilai sama ada risiko tersebut masih boleh diterima atau tidak, bergantung kepada faktor lain seperti gaji, tempoh kerja dan komitmen semasa.
4. Menunggu Pengesahan Dalaman Pihak Bank
Tidak semua loan boleh diluluskan oleh pegawai biasa. Ada kes yang perlu naik ke peringkat pengurusan atau jawatankuasa kredit. Proses ini biasanya dijalankan pada hari tertentu sahaja, bukan setiap hari. Jadi walaupun dokumen lengkap, keputusan masih perlu menunggu giliran mesyuarat dalaman bank.
5. Ada Kes Perlu Penjamin, Tapi Bank Masih Menilai Opsyen Tanpa Penjamin
Dalam sesetengah kes, bank sebenarnya melihat dua senario serentak. Senario pertama, loan boleh lulus dengan penjamin. Senario kedua, loan mungkin masih boleh lulus tanpa penjamin tetapi dengan jumlah pembiayaan yang lebih rendah atau tempoh loan yang lebih pendek. Proses menilai dua pilihan ini mengambil masa kerana bank perlu pastikan risiko mereka masih terkawal. Ini menyebabkan keputusan tidak keluar dengan cepat seperti kes biasa.
6. Jumlah Loan Perlu Dikurangkan Atau Struktur Loan Diubah
Ada juga kes loan lambat lulus kerana bank sedang menilai perubahan pada struktur loan. Contohnya, jumlah pinjaman asal terlalu tinggi, jadi bank cuba cadangkan jumlah yang lebih rendah, tempoh lebih pendek, atau bayaran pendahuluan lebih tinggi. Semua ini perlu kelulusan dalaman dan kadang-kadang perlu persetujuan semula daripada pemohon. Selagi belum dimuktamadkan, keputusan akan kelihatan “tergantung”.
7. Permohonan Masuk Waktu Bank Sibuk
Masa permohonan juga memainkan peranan. Awal bulan biasanya banyak permohonan baru, manakala hujung bulan pula pegawai bank sibuk dengan sasaran, laporan dan penutupan akaun. Jika permohonan masuk pada waktu bank sedang sibuk, proses semakan boleh jadi lebih perlahan walaupun tiada isu besar. Ini adalah faktor operasi, bukan kelayakan pemohon.
8. Terlalu Banyak Permohonan Dalam Masa Singkat
Bila seseorang memohon loan di banyak bank dalam masa yang sama, sistem bank akan mengesan perkara ini. Walaupun niatnya mahu cepat lulus, ia boleh menyebabkan bank lebih berhati-hati kerana pemohon dilihat terlalu agresif mencari pinjaman. Kes sebegini selalunya tidak terus ditolak, tetapi akan melalui semakan tambahan yang memakan masa.
9. Wujudnya Kuota Khas Untuk Peminjam Berisiko Sederhana
Ini perkara yang jarang orang tahu, tetapi sangat penting. Sesetengah bank memang ada kuota khas untuk peminjam yang berada dalam kategori risiko sederhana. Contohnya:
- Pemohon over-commitment sikit
- Rekod CCRIS tidak cantik sepenuhnya
- Boleh lulus jika ada penjamin
- Atau boleh lulus tanpa penjamin tetapi jumlah loan dikurangkan
Kuota khas ini biasanya terhad dan hanya dibuka pada awal bulan. Bila kuota ini sudah penuh, permohonan yang masuk selepas itu tidak ditolak, tetapi akan ditangguhkan untuk diproses pada bulan berikutnya. Inilah sebab kenapa ada loan yang nampak “senyap” dan lambat lulus walaupun tiada masalah besar pada dokumen.
Loan kereta lambat lulus tidak bermaksud loan akan gagal. Selalunya ia berlaku kerana permohonan berada dalam kategori sederhana, memerlukan semakan tambahan, atau sedang menunggu kuota khas bank dibuka semula. Ada juga kes yang sebenarnya boleh lulus, sama ada dengan penjamin atau dengan jumlah loan yang sedikit lebih rendah.
☎️ Hubungi saya sekarang untuk info loan kereta yang sesuai dengan bajet anda!
0 Ulasan