Proses Selepas Loan Kereta Lulus

Tahniah! Loan kereta anda dah lulus. Sekarang apa langkah seterusnya? Ramai orang mungkin rasa keliru tentang proses selepas loan diluluskan. Jadi, dalam artikel ini, saya, Mohamad Ayub, Sales Advisor Honda Tawau, akan terangkan proses ini.


1. Tandatangan Perjanjian (Sign Agreement)

Selepas loan anda diluluskan, langkah pertama ialah menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak bank. Bacalah semua syarat dalam dokumen tu. Kadang-kadang, ada syarat tambahan seperti:

 • Buka akaun bank tertentu.

 • Bayar advanced payment (contohnya, 2 bulan bayaran awal).

Pastikan anda faham semua perkara ni sebelum tandatangan. Kalau ada yang tak jelas, jangan malu bertanya pada pegawai bank atau saya sendiri sebagai Sales Advisor anda.


2. Bayar Down Payment atau Deposit Kereta

Langkah seterusnya, anda perlu menyelesaikan bayaran down payment (jika ada). Jumlah ni bergantung pada persetujuan semasa proses awal. Down payment ni penting sebab ia menunjukkan komitmen anda untuk membeli kereta.


3. Pilih Nombor Plat Kereta

Anda ada dua pilihan:

 • Beli nombor khas: Kalau nak nombor istimewa, anda boleh tempah dengan kos tambahan.

 • Nombor “running”: Ini nombor mengikut turutan semasa pendaftaran di JPJ. Contohnya, untuk Tawau sekarang mungkin nombor SWM2029.

Beritahu saya nombor mana yang anda nak supaya kita boleh uruskan pendaftaran dengan cepat.


4. Beritahu Kehendak Anda pada Sales Advisor

Sebagai pembeli, anda ada hak untuk nyatakan kehendak kecil seperti:

 • “Boleh isi minyak penuh tak?”

 • “Boleh tambah tinted tak?”

Tapi, ingat ya, jangan minta yang terlalu melampau. Kita sama-sama nak mudahkan urusan.


5. Penyerahan Kereta

Akhir sekali, tentukan bila anda nak terima kereta. Nyatakan:

 • Tarikh: Contohnya, minggu depan.

 • Hari & Masa: Contohnya, Sabtu pukul 10 pagi.

Ini bagi memastikan semua dokumen dan persediaan kereta selesai tepat pada masanya. Saya akan pastikan kereta anda dihantar dalam keadaan terbaik.


Proses selepas loan kereta lulus ni sebenarnya tak rumit. Dengan bantuan Sales Advisor yang berpengalaman, semua boleh berjalan lancar. Kalau anda ada pertanyaan atau perlukan bantuan lebih lanjut, jangan segan untuk hubungi saya, Mohamad Ayub, Sales Advisor Honda Tawau.

Saya sentiasa sedia membantu anda memiliki kereta idaman dengan mudah dan tanpa stress! 


☎️ Hubungi saya di: https://linktr.ee/mohamadayubdotcom

🌐 Laman web: www.hondatawau.com


Post a Comment

0 Comments