Bila buat loan kereta, kebanyakan orang fokus kepada jumlah bayaran bulanan, interest bank, dan tempoh pinjaman. Tapi, ada satu perkara penting yang selalu terlepas pandang – Autolife Insurance. Apa sebenarnya Autolife Insurance ni, dan kenapa penting terutamanya bagi lelaki yang sudah berkahwin? Jom saya terangkan dengan cara paling mudah.
Apa Itu Autolife Insurance?
Autolife Insurance atau insurans hayat pinjaman kereta ialah satu perlindungan yang memastikan baki hutang kereta akan dilangsaikan jika berlaku sesuatu kepada pemilik loan, seperti meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal.
Maksudnya, kalau peminjam tak dapat lagi bekerja atau meninggal dunia, keluarga tak perlu tanggung beban hutang kereta kerana pihak insurans akan langsaikan loan tersebut terus kepada bank.
Kenapa Lelaki Terutamanya Patut Ambil Autolife Insurance?
Sebagai ketua keluarga, tanggungjawab mencari nafkah biasanya terletak pada suami. Kalau berlaku perkara tak diingini seperti sakit kritikal atau kemalangan yang menyebabkan hilang keupayaan bekerja, isteri dan anak-anak mungkin terpaksa menanggung beban hutang.
Bayangkan situasi ini:
✅ Suami buat loan kereta RM80,000 untuk Honda City V.
✅ Tiba-tiba suami mengalami kecacatan kekal dan tak dapat bekerja.
✅ Tanpa Autolife Insurance, isteri kena teruskan bayar baki loan atau kereta akan ditarik.
✅ Kalau ada Autolife Insurance, loan akan dilangsaikan dan isteri tak perlu risau lagi pasal bayaran.
Inilah sebab kenapa perlindungan ni sangat penting!
Macam Mana Cara Nak Dapatkan Autolife Insurance?
Autolife Insurance ni tak wajib, tapi sangat digalakkan. Biasanya, bank akan tawarkan semasa proses loan, dan jumlah premium boleh dimasukkan dalam pinjaman. Kadar premium bergantung kepada:
✔️ Umur peminjam – Lagi muda, lagi murah.
✔️ Jumlah loan – Lagi besar pinjaman, lagi tinggi perlindungan diperlukan.
✔️ Tempoh loan – Lagi panjang tempoh, lagi tinggi jumlah premium.
Biasanya, premium akan ditolak sekaligus daripada pinjaman, jadi tak perlu bayar setiap bulan.
Adakah Semua Orang Perlu Ambil Autolife Insurance?
Walaupun penting, ada juga keadaan di mana seseorang boleh memilih untuk tidak mengambilnya, seperti:
❌ Jika sudah ada perlindungan insurans hayat yang mencukupi.
❌ Jika loan dibuat atas nama pasangan atau ada penjamin yang boleh meneruskan bayaran.
❌ Jika peminjam yakin boleh menyelesaikan loan walaupun berlaku perkara tak diingini.
Namun, bagi mereka yang bergantung kepada satu sumber pendapatan dalam keluarga, Autolife Insurance adalah perlindungan bijak.
Autolife Insurance bukan sekadar tambahan kepada loan, tapi satu perlindungan untuk keluarga. Dengan adanya insurans ini, sekurang-kurangnya pasangan dan anak-anak tak perlu pening kepala jika berlaku perkara yang tak dijangka.
Mohamad Ayub Sales Advisor Honda Tawau
☎️ Hubungi saya sekarang untuk info loan kereta yang sesuai dengan bajet anda!
0 Ulasan