Ramai orang sekarang mula bercakap tentang perubahan baru loan kereta di Malaysia yang akan bermula pada bulan Jun 2026. Ada yang risau installment akan naik, ada yang fikir susah mahu lulus loan, dan ada juga yang masih keliru apa sebenarnya yang berubah.
Sebenarnya, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pindaan baru melalui Akta Sewa Beli 2026 atau lebih dikenali sebagai Hire Purchase (Amendment) Act 2026. Perubahan ini dibuat untuk menjadikan sistem pinjaman kereta lebih telus dan lebih adil kepada pengguna.
Kalau sebelum ini ramai pengguna kurang faham bagaimana interest loan kereta dikira, sistem baru ini cuba memudahkan orang ramai memahami kos sebenar pinjaman mereka.
Apa Yang Akan Berubah Dalam Loan Kereta Bermula Jun 2026?
Antara perubahan terbesar ialah sistem “flat rate” akan dimansuhkan secara berperingkat dan digantikan dengan sistem “Reducing Balance” atau Effective Interest Rate (EIR).
Sebelum ini, kebanyakan loan kereta di Malaysia menggunakan sistem flat rate.
Contohnya:
- Bank iklan interest 2.3%
- Tetapi kadar sebenar yang pengguna bayar sebenarnya lebih tinggi daripada angka tersebut.
Disebabkan itu ramai pengguna fikir interest kereta murah, tetapi bila kira jumlah keseluruhan bayaran, rupanya kos sebenar agak tinggi.
Melalui sistem baru nanti, bank perlu menunjukkan Effective Interest Rate (EIR) supaya pengguna boleh nampak kadar sebenar pinjaman dengan lebih jelas.
Apa Maksud Reducing Balance?
Reducing balance bermaksud interest dikira berdasarkan baki hutang semasa, bukan jumlah asal pinjaman sepanjang tempoh loan.
Dalam bahasa mudah:
- Bila hutang semakin berkurang,
- Interest yang dikenakan juga akan semakin rendah.
Ini berbeza dengan sistem lama yang masih mengira interest berdasarkan jumlah asal pinjaman walaupun pengguna sudah lama membayar installment.
Sebab itu ramai pakar kewangan mengatakan sistem baru ini lebih adil kepada pengguna.
Sistem Rule of 78 Juga Akan Dihapuskan
Selain flat rate, satu lagi perkara penting ialah penghapusan sistem “Rule of 78”. Ramai sebenarnya tidak sedar sistem ini digunakan dalam loan kereta mereka.
Di bawah sistem Rule of 78:
- Pada tahun-tahun awal loan,
- sebahagian besar bayaran bulanan digunakan untuk membayar interest dahulu,
- manakala baki hutang pokok turun perlahan.
Sebab itu kadang-kadang berlaku situasi:
- Sudah bayar kereta 4 atau 5 tahun,
- Tetapi bila mahu settle awal,
- Baki hutang masih tinggi.
Ramai pelanggan kereta pernah terkejut apabila mereka mahu trade in kereta atau buat settlement awal tetapi baki settlement masih mahal. Dengan sistem baru nanti, keadaan ini dijangka menjadi lebih baik kerana interest tidak lagi “front-loaded” seperti sistem lama.
Adakah Installment Bulanan Akan Naik?
Ini soalan paling ramai orang tanya sekarang. Jawapannya, tidak semestinya naik secara mendadak. Apa yang berubah sebenarnya ialah cara bank menunjukkan kadar interest tersebut.
Contohnya:
- Dulu mungkin bank tunjuk 2.3% flat rate
- Tetapi nanti mungkin bank tunjuk sekitar 3.8% hingga 4% EIR
Ramai akan terkejut nampak nombor lebih besar, tetapi sebenarnya sistem kiraan sudah berubah.
Dalam banyak kes:
jumlah keseluruhan keuntungan bank mungkin hampir sama,
tetapi pengguna kini dapat melihat kadar sebenar dengan lebih telus.
Loan Lama Akan Berubah Juga Kah?
Untuk pengguna yang sudah ambil loan sebelum Jun 2026, kebanyakan pinjaman lama masih kekal menggunakan sistem lama.
Maksudnya:
- installment bulanan tidak berubah,
- tempoh loan tidak berubah,
- agreement lama masih berjalan seperti biasa.
Namun begitu, beberapa bank di Malaysia telah mengumumkan kemungkinan menawarkan “goodwill discount” untuk pelanggan yang mahu membuat settlement awal.
Tujuan diskaun ini ialah supaya pelanggan lama tidak terlalu rugi berbanding pelanggan baru yang menikmati sistem reducing balance.
Adakah Loan Kereta Akan Jadi Susah Lulus?
Setakat ini belum ada pengumuman rasmi mengatakan syarat loan akan menjadi lebih ketat.
Tetapi ada kemungkinan bank akan:
- lebih berhati-hati menilai kemampuan peminjam,
- melihat komitmen bulanan dengan lebih teliti,
- dan menilai rekod CCRIS dengan lebih ketat.
Ini kerana sistem baru lebih telus dan bank juga perlu menyesuaikan keuntungan mereka di bawah sistem baru tersebut. Bagi pembeli kereta, perkara paling penting masih sama:
- rekod CCRIS cantik,
- komitmen tidak terlalu tinggi,
- slip gaji stabil,
- dan dokumen lengkap.
0 Ulasan