Kisah Encik Jonathan: Kali Pertama Loan & Dapat Honda City Hatchback RS

Syukur alhamdulillah, bulan ini saya berpeluang untuk deliver sebuah Honda City Hatchback RS kepada Encik Jonathan di Tawau. Kisah beliau agak menarik kerana ini merupakan kali pertama beliau membuat loan kereta, dan yang lebih menarik, beliau tidak menyangka akan memiliki sebuah Honda secepat ini!

Bermula dari Facebook ke Showroom Honda Tawau

Kisah ini bermula apabila Encik Jonathan, yang berasal dari Sarawak dan bekerja di Tawau, menghubungi saya melalui Facebook untuk bertanyakan mengenai Honda City Hatchback RS. Sebagai seorang yang sibuk bekerja dari jam 8 pagi hingga 5:30 petang, Encik Jonathan hanya mempunyai sedikit masa untuk datang ke showroom. Beliau akhirnya datang pada jam 5:40 petang, dan saya sudah pun bersedia menunggu untuk membantu beliau memahami pilihan yang ada.

Pada masa itu, beliau sedang menunggu Perodua Myvi yang telah ditempah. Namun, stok Perodua agak lambat tiba, dan beliau ingin melihat sendiri kereta Honda yang ready stock. Kebetulan, Honda City Hatchback RS ada stok!

Buat Keputusan Dengan Tenang

Saya tidak tergesa-gesa mendesak Encik Jonathan membuat keputusan. Saya berikan beliau ruang untuk berfikir dengan tenang. Selepas sehari dua, beliau akhirnya memilih Honda City Hatchback RS, memandangkan model ini memang sangat popular dan stoknya sangat terhad terutama di Semenanjung Malaysia.

Saya cadangkan supaya beliau booking dahulu dan buat proses loan, supaya proses tempahan lebih mudah dan cepat. Sebagai Sales Advisor Honda Tawau, saya sentiasa pastikan pelanggan memahami kelebihan model yang mereka pilih sebelum kereta tiba.

Loan Mudah Lulus & Tawaran Diskaun Menarik!

Proses loan Encik Jonathan tidak menjadi masalah kerana gaji beliau sekitar RM3,000. Untuk info, bagi sesiapa yang ingin memohon loan kereta Honda bawah RM112,000, gaji minimum yang diperlukan hanyalah RM2,500.

Apa yang menarik dalam kisah ini ialah pada masa itu, promosi Honda menawarkan diskaun RM5,000. Namun, bulan berikutnya promosi meningkat kepada RM7,000! Encik Jonathan amat bertuah kerana mendapat lebih banyak penjimatan.

Pengalaman Kali Pertama Memandu Honda City Hatchback RS

Selepas menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya tiba hari yang dinanti-nantikan. Bila Encik Jonathan menerima keretanya, beliau terkejut dengan kualiti dalaman dan luaran Honda City Hatchback RS. Reka bentuk yang sporty, ruang dalaman yang luas, benar-benar memberi pengalaman pemanduan yang berbeza buat Encik Jonathan.

Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya sangat gembira dapat membantu beliau mendapatkan kereta idaman. Jika anda juga ingin Honda City Hatchback RS atau mana-mana model Honda lain, jangan segan untuk hubungi saya.


📌 Mohamad Ayub

📞 Hubungi Saya

🚗 Sales Advisor Honda Tawau


Saya sedia membantu anda dari A hingga Z dalam urusan pembelian dan loan kereta Honda!

Post a Comment

0 Comments