Nissan Navara Pro 4x |
Kos bagi lampu Halogen sangat murah, dan penukar mentol pula sangat mudah jika berlaku kerosakan. Contohnya Nissan Almera Turbo 1.0 VL, kos tukar mentol dalam RM50-RM100 sahaja.
Kelemahan lampu Halogen pula penghasilan cahaya kurang terang tidak seterang LED. Dan disebabkan haba, tungsten senang mudah terbakar sekirannya pengunaan lampu ini selama 41 hari tanpa ditutup. Ia akan menjadi malap atau terus terbakar dan padam.
Sebenarnya, lampu jenis ini sudah cukup memberikan pencahayaan mencukupi untuk pemanduan selamat di lebuh raya dan jalan raya biasa. Mencukupi di sini bukanlah bermaksud tiada ruang untuk sebarang penambahbaikan.
Malah hari ini, mentol halogen ialah mentol lampu utama paling universal digunakan seluruh dunia dan masih menjadi jenis lampu utama kenderaan paling biasa ditemui di Malaysia. Namun, perubahan mula berlaku apabila pengeluar masa kini mula menggunakan jenis lampu LED sebagai tarikan produk masing-masing. Pengguna juga semakin tahu tentang kelebihan dan manfaat lampu utama LED. Tidak mustahil dalam beberapa tahun akan datang penggunaan lampu halogen semakin pupus ditelan zaman.
Kelebihan dan Kelemahan LED
Lampu LED lebih kecil dari halogen dan disukai oleh perekabentuk kerana ia lebih fleksible dan menarik perhatian. Penggunaan tenaga elektriknya pula sangat rendah berbanding dengan halogen, buat masa sekarang ini ia tidaklah menyebabkan silau pada pengguna lain.
Manakala kemampuan LED bertahan dari 35,000 jam sehingga 50,000 jam bergantung dengan keadaan operasi LED tersebut. Namun begitu Led memerlukan sistem penyejuk bagi menyejukkan keseluruhan pake sistem elektronik yang mengawal lampu LED.
Dari segi kos pula, LED lebih mahal dari lampu Halogen. Selain itu, pemasangan bagi lampu LED memerlukan ruang yang agak besar dan kompleks.
Kesimpulannya mana yang lebih baik, lampu LED atau lampu Halogen?
Bagi saya, lampu LED lebih baik, ini kerana ianya lebih terang dan lebih cekap tenaga berbanding lampu Halogen. Tak kiralah lampu LED kah atau Halogenkah, jangan sampai menyilaukan pengguna jalan raya yang lain.
Ok itu saja, kalau ada pertanyaan mengenai Model Kereta Nissan bolehlah hubungi saya, jangan malu jangan segan...
019 860 1742. Insy Allah saya akan jawab pertanyaa korang. Ok!
Sekirannya korang nak chat di facebook pun boleh, sila ke laman facebook saya klik ini Mohamad Ayub. Jangan lupa like tau......ya!
Copyright (c) 2024 Mohamad Ayub All Right Reserved
0 Comments