Beli Kereta Atas Nama Syarikat Enterprise

Ramai usahawan yang berniaga menggunakan syarikat enterprise tertanya-tanya, bolehkah beli kereta atas nama syarikat? Jawapannya, boleh, tapi ada syarat yang perlu dipenuhi. Kalau syarat ini cukup, proses nak mohon loan kereta atas nama syarikat pun lebih lancar. Jom saya terangkan satu per satu! 


1. Syarat Penting – Wajib Ada Dokumen Ini 

Kalau nak beli kereta atas nama syarikat enterprise, bank akan tengok beberapa dokumen penting untuk pastikan syarikat korang benar-benar aktif dan layak untuk buat pinjaman. 

Antara dokumen yang diperlukan: 

Lesen Perniagaan (Trading License) – Ini bukti bahawa syarikat korang memang wujud dan aktif menjalankan perniagaan. Lesen perniagaan mesti lebih dari 6 bulan, kalau baru daftar, susah nak lepas loan. 

Penyata Akaun Bank atas nama syarikat – Bank nak tengok transaksi duit keluar masuk dalam akaun syarikat. Ini penting untuk buktikan pendapatan syarikat stabil dan cukup untuk bayar komitmen bulanan nanti. 

Dokumen sokongan lain – Kadang-kadang bank akan minta dokumen tambahan seperti invois jualan, resit bayaran pelanggan, atau penyata cukai untuk mengesahkan lagi kewangan syarikat. 

2. Pendapatan Minimum – Berapa Bank Nak Tengok? 

Satu lagi perkara penting, bank akan tengok pendapatan syarikat. Pendapatan yang dikira adalah duit yang masuk dalam akaun syarikat, bukan duit yang keluar. 

💰 Pendapatan minimum yang bank nak tengok selalunya RM30,000 sebulan. Kalau kurang daripada itu, ada kemungkinan loan susah nak lulus. 

3. Cara Bank Kira Kelayakan Loan Syarikat 

Bank biasanya akan kira kelayakan loan berdasarkan 10% hingga 15% daripada pendapatan bulanan syarikat. 

Jom kita buat contoh kiraan mudah: 

📌 Contoh 1: 

• Pendapatan syarikat: RM30,000 sebulan 

• Bank ambil 10% sebagai anggaran bayaran bulanan yang mampu dibayar: RM30,000 × 10% = RM3,000 

• Maksudnya, bank anggap syarikat korang mampu bayar ansuran sekitar RM1,500 sebulan untuk loan kereta. 

📌 Contoh 2: 

• Kalau pendapatan RM50,000 sebulan dan bank guna kadar 15%: RM50,000 × 15% = RM7,500 

• Maksudnya, kalau nak beli kereta dengan ansuran RM2,500 sebulan, masih boleh lepas. 

Jadi, kalau korang nak tahu kereta apa yang boleh dapat dengan pendapatan syarikat, tolak jumlah anggaran bayaran bulanan dengan harga ansuran kereta yang korang nak beli. 

4. Kelebihan Beli Kereta atas Nama Syarikat 

Beli kereta atas nama syarikat ada beberapa kelebihan, antaranya: 

✅ Cukai boleh dituntut – Bila beli kereta untuk kegunaan syarikat, korang boleh tuntut pelepasan cukai untuk kos kenderaan seperti petrol, tol, servis, dan insurans. 

✅ Mudah untuk urusan perniagaan – Kalau syarikat ada banyak urusan luar seperti penghantaran barang atau perkhidmatan pelanggan, kereta atas nama syarikat lebih senang untuk tujuan rekod dan pengurusan. 

✅ Bina rekod kredit syarikat – Bila syarikat ada loan yang dibayar dengan baik, ini boleh membantu bila nak buat pinjaman lain di masa depan, seperti pinjaman perniagaan atau hartanah atas nama syarikat.

Pastikan Syarat Cukup Supaya Loan Tak Kena Reject Kalau nak beli kereta atas nama syarikat enterprise, pastikan semua syarat di atas cukup sebelum mohon loan. 

🔹 Lesen perniagaan aktif lebih 6 bulan 

🔹 Pendapatan bulanan masuk akaun sekurang-kurangnya RM30,000 

🔹 Penyata akaun syarikat lengkap dan menunjukkan aliran duit masuk 

🔹 Pastikan bayaran bulanan kereta tak lebih 10%-15% daripada pendapatan syarikat 

Kalau semua syarat ini dipenuhi, insyaAllah loan lebih mudah untuk lulus!


📞 Mohamad Ayub Sales Advisor Honda Tawau

☎️ Hubungi saya sekarang untuk info loan kereta yang sesuai dengan bajet anda!

Catat Ulasan

0 Ulasan